fadieana

Wednesday, May 8

keluhan hati

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum wahai sahabatku sekalian..
anda2 semua sihat walafiatt? alhamdulillah..
sahabat2 meh lerr luangkan masa sikit baca entry aku ini..
okay macam ni sebenarnya aku saja nak kongsi pengalaman dengan korang..
benda ni berlaku terhadap diri aku sendiri..
okk get readyy beb.. (alllkkkiiisahhh..)

KES 1

baru-baru ni aku pergi mencari kerja dekat shopping complex area rumah aku la..
cari punya cari.. dapat la satu dua..alhamdulillah ada rezeki aku la cuti semester ni nak saving money sikit.. banyak duit nak pakai oii masuk semester nanti.. siapa yang student mesti tahu punya perasaan aku ni macam mane bila cuti semester bersemangat nak cari duit lebih..almaklumlahh.. aku ni bukannya datang dari keluarga yang kaya.. tapi walaubagaimanapun aku tetap bersyukur.. (INGAT KITA KENA SELALU BERSYUKUR DENGAN APA YANG ALLAH BERIKAN! ) *ok sambung cerita balik...*  aku dengan semangatnya masuk satu kedai ni.. macam biasa la kan tanya ada kerja kosong ke x.. ehh ehh TETIBA staff kedai tu tanya siapa yang nak kerja? adoiii soalan apa ni kak oii.. dah terang-terang la aku kan yang nak kerja.. rupa-rupanya  staff kedai tu nak bagitahu yang kedai tu tidak terima PEREMPUAN yang PAKAI TUDUNG..(astaghfirullah..mengucap aku depan staff tu..) beb hina sangat ke perempuan pakai tudung ni.. ingat kiteorang tak boleh buat kerja ke... serius kejamkan.. *TIADA REZEKI

KES 2

masa tu aku saja jalan-jalan dengan fadhli kat sebuah shopping complex ni.. tetiba nampak ada kerja kosong kat sebuah kedai jam.. aku pun tawakal jelahh masuk dan tanya la beberapa soalan..wahh cara staff tu interview memang confirm dapat la orang cakap kan.. alhamdulillah syukur.. datang seorang hamba ALLAH ni supervsor kat situ and then cakap kat aku MEREKA TIDAK MENERIMA PEREMPUAN YANG PAKAI TUDUNG.. (korang dapat bayangkan x apa yg aku rasakan masa tu?? ) hamba ALLAH tu nampak la kot reaksi muka aku dan dia rasa serba salah la kot.. tetiba hamba ALLAH tu offer aku untuk BUKA TUDUNG dan BERKERJA DENGAN DORANG..siap tawarkan gaji yang lumayan..( mereka interesting dengan pengalaman kerja aku..) YAALLAH memang kuat dugaanMU yaALLAH.. aku tetap dengan pegangan aku tidak akan BUKA TUDUNG.. AGAMA DIUTAMAKAN!! 
*CANCEL OFFER 
KES 3

sebuah kedai pakaian dalam wanita.. okay yang terakhir ni memang betul2 confirm dapat tapi beb bjuta kali nak interview..adoiii letih la beb.. gajinya ciput je pon.. bukannya banyak pon..
aku malas nk layan.. rasa macam bakal berkerja dengan ORANG GILA plak kan...
haa yang ni dia TERIMA PEREMPUAN PAKAI TUDUNG.. nasib baik kann tapi tu lah banyak noo interviewnya ponn.... 
*CANCEL

KES 4

aku mengambil keputusan untuk merehatkan badan dan otak dirumah..huhu.. selain tu, aku jugak membesarkan badan..hahaha.. okay what..satu pekerjaan jugak kan.. tapelah tak de rezeki..
*ACCEPT


fuhhh..panjangkan ceritanya.. terima kasih sudi membaca sampai habis.. sungguh dramatis kan ceritanya.. entah la bagi aku yang first time kena ni rasa terkilan la jugak.. tapi its okay aku tetap dengan pendirian aku.. insyaALLAH takkan goyang punya...iman kena kuat bhaiii.. kalau tak, mau TERBANG TUDUNG di kepala ni... 

p/s :: just be yourself..rezeki ada dimana saja.. 
ALLAH  sedang menguji  hambaNYA yang KUAT!!

No comments: